Sunday, May 8, 2016

DAP terkubur di kubu kuatnya sendiri

Keangkuhan DAP di Sarawak akhirnya memakan diri. Mereka lupa bahawa sentimen perkauman sahaja tidak menjanjikan kemenangan kekal tanpa adanya usaha untuk membawa perubahan kepada masyarakat setempat.

Rakyat kini semakin bijak dalam berpolitik. Agenda pembangkang memburuk-burukkan serta memperlekehkan usaha kerajaan tidak mendapat sokongan sepertimana yang berlaku pada PRN Sarawak yang lalu.

Kekalahan di kubu kuat DAP ternyata satu kejutan yang cukup mengaibkan parti sosialis itu. Begitu juga PKR sekadar meraih 3 kerusi DUN, sementara AMANAH tidak mendapat tempat langsung dalam persaingan pada kali ini.

Gabungan Pakatan Harapan tidak memberikan sedikit pun kelebihan bahkan menjadi liabiliti kepada mereka apabila gagal mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi DUN dan gagal bertolak-ansur sehingga mendedahkan rupa diri sebenar mereka yang hanya mengutamakan kepentingan parti masing-masing, tanpa memikirkan nasib rakyat.

Tahniah kepada Barisan Nasional. Ternyata rakyat Sarawak mahukan 'team adenan' yang terpilih antara orang bekerja dan yang terbaik.

Syabas kepada barisan pemimpin yang berjaya dalam pilihanraya pada kali ini.



DAP TEWAS DIKUBU KUATNYA




Lima Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dimenangi calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011 kini telah dirampas kembali calon Barisan Nasional(BN).

Kelima-lima DUN itu adalah Piasu, Repok, Batu Kawah, Meradong dan Dudong.Kesemua kawasan itu merupakan kawasan majoriti pengundi Cina.

Di N14 Batu Kawah, penyandang ADUN DAP, Christina Chiew Wang See tewas kepada Presiden SUPP Senator Dr Sim Kui Hian dengan majoriti 2,085 undi. Dr Sim mendapat 6,414 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Chiew yang memperoleh 4,329 undi dan calon Bebas Liu Thian Leong, 1,109 undi (beliau hilang deposit). Kemenangan Dr Sim yang juga anak kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, mendiang Datuk Amar Sim Kheng Hong memberi signal baharu trend pengundi Cina di Sarawak.Di N73 Piasu,

Setiausaha DAP Sarawak yang juga penyandang DUN itu, Alan Ling Sie Kien tewas kepada calon BN-SUPP, Dato Sebastian Ting Chiew Yew dengan majoriti 2,112 undi.Pada PRN 2011, Ling memenangi DUN itu dengan majoriti 1,590 undi.Namun pada PRN kali ini, calon BN, Ting mendapat 7,799 menewaskan penyandang Ling yang mendapat 5,687 undi.

Di N46 Meradong, calon DAP yang juga penyandang DUN itu Ting Tze Fui tewas kepada calon BN-SUPP, Ding Kuong Hiing dengan majoriti 1115 undi.Calon BN, Ding mendapat 6,379 undi, manakala Ting mendapat 5,264 undi.

“Ya, kami kalah di Meradong. Kami kalah dalam Kawasan bandar, ditambah pula beberapa undi Cina (lari) kembali kepada BN,
”tulis Ting dalam Facebook.

Di N45 Repok, calon muka baharu
DAP, Yong Siew Wei tewas kepada calon muka baharu BN, Dato Dr Huang Tiong Sii (BN – SUPP) dengan majoriti 557 undi.Calon BN, Dr Huang mendapat 7,446 undi, manakala Yong pula mendapat 6,508 undi.

Selain itu seorang lagi calon bebas yang turut bertanding, Wong Chin King mendapat 381 undi.Pada PRN 2011, calon DAP, Wong Hua Seh menewaskan calon BN-SUPP, Datuk David Teng Lung Chi dengan majoriti 2,679 undi.

Di N52 Dudong, calon DAP, Yap Hoi Liong yang merupakan penyandang DUN berkenaan tewas kepada calon BN, Tiong Thai King.Yap (DAP) mendapat 5,376 undi, manakala Tiong (BN) mendapat 7,449 undi.

Meskipun tewas, namun calon bebas, Lee Chung Fatt berjaya membuat kejutan apabila mendapat 2,848 undi.Manakala dua calon lain, Ting Yiik Hong (STAR) mendapat 127 undi dan Casper Kayong Anak Umping (BEBAS) mendapat 178 undi.Pada PRN 2001, Yap (DAP) menewaskan Tiong (BN) dengan majoriti 317 undi.

No comments:

Post a Comment