Sunday, October 20, 2013

Tahniah buat Naib Ketua Pemuda PBB yang baru

Tahniah YB Ripin Lamat. Semoga dengan kepercayaan yang diberikan oleh ahli akar umbi akan memberikan beliau semangat untuk lebih berusaha bagi memantapkan perjuangan parti.


KUCHING, Jumaat — Jawatan Naib Ketua Pemuda sayap Bumiputera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dimenangi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat dengan jumlah undi 170 mengalahkan pesaingnya, Hilmi Morsili (20), Abdul Aziz Adenan (48) dan Haidel Heli (7). Satu undi ditolak dalam pengundian itu.

Bagi jawatan lapan kekosongan Ahli Majlis Tertinggi Pemuda sayap Bumiputera terdiri daripada Iskandar Sharkawi (dengan 200 undi), Sufian Mohat (198), Yusuf Buji (192), Merdehi Mas (188), Abdul Ghani Haji Sulhi (189), Mohamed Ibrahim Husli (182), Raymund Joseph Tanin (198) dan Othman Mat (170) mengalahkan lapan orang lagi pesaing dari kalangan 16 orang yang bertanding kesemuanya. Terdapat lapan undi ditolak bagi jawatan tersebut.

Jawatan Ahli Majlis Tertinggi Pemuda sayap Pesaka bagi kuota lima orang dimenangi oleh Alvin Runggah Jimbun (dengan 221 undi), Allan Siden Gramong (219), Stephen Augustine Lateng (209), Imong Gani (194) dan Warren Sambau (189) mengalahkan empat calon yang lain menjadikan kesemua bertanding seramai sembilan orang.

Keputusan pengundian tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Konvensyen PBB Ke-13 Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Sumber: Utusan Sarawak Online

No comments:

Post a Comment