25 Januari 2015
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK
1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.
2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);
ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);
iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan
iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.
3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.
4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.
5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.
6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.
7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 1087
Monday, January 26, 2015
Friday, January 16, 2015
Syabas Kerajaan Negeri Sarawak
Ramai mengatakan kenapa baru sekarang baru hendak melaksanakannya. Kalau kita sentiasa melihat ke belakang, maka akhirnya kita akan sesat untuk mencari jalan ke destinasi seterusnya. Tahniah kita ucapkan kepada YAB KM Sarawak di atas usaha ini dan marilah kita bersama-sama melihat ke hadapan demi Negeri Sarawak yang tercinta.
http://www.theborneopost.com/2015/01/16/historic-step-against-corruption/
http://www.theborneopost.com/2015/01/16/historic-step-against-corruption/
Sunday, January 4, 2015
Ujian Allah untuk Datuk Seri Najib...
Kepimpinan Najib Razak sedang diserang bukan hanya daripada pembangkang malah dari dari kalangan parti dan pro-UMNO sendiri. Kritikan sepatutnya bukanlah sesuatu yang negatif, ia harus dipandang baik kerana tujuannya ialah untuk memperbaiki kelemahan dalam perancangan atau tindakan terhadap sesuatu keputusan. Namun jika ia diterjemahkan secara melampau, kesannya bukan hanya pada DS Najib sahaja, malah terhadap parti dan pada rakyat yang memilih beliau keseluruhannya.
Sudah fitrah, manusia itu tidak ada yang sempurna. Tentu ada sahaja kelemahan dan kekurangannya. Satu-satunya pemimpin yang sempurna kepimpinannya dalam sejarah peradaban manusia telahpun meninggalkan kita 1436 tahun dahulu.
Apapun, pemimpin yang hidup di zaman kita dalam meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ketua negara bukan satu perkara yang mudah. Bukan sahaja di masa kini teknologi dunia multimedia menjadi semakin pintar dan semakin canggih, bahkan iklim politik dan penyebaran maklumat juga menjadi satu ujian kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri.
Kita hidup pada zaman diambang fitnah. Ketika Tun Mahahthir memegang tampuk pemerintahan sebagai PM, akses maklumat dan berita dikawal sepenuhnya oleh media perdana. Tidak wujud medium yang dinamakan facebook, twitter, watssapp dan sebagainya. Tidak ada sentimen politik yang meletakkan seseorang itu berisiko untuk difitnah. Kini, keadaan jauh berubah. Pendek kata, apa sahaja yang PM kita lalui semuanya tertulis buat tatapan rakyat.
Zaman Pak Lah
Ketika Abdullah Badawi menjadi PM, ramai reformis, aktivis NGO, penulis blog, pelajar, anak muda telah menghentam Abdullah Badawi. Pak Lah (nama gelarannya) telah dijadikan bahan gelak ketawa. Beliau turut diperlekehkan, dijadikan ikon PM tidur. Sedihnya yang menyerang beliau pula bukan dari pakatan rakyat sahaja, tetapi orang parti sendiri. Zaman kejatuhan BN dilihat berpunca dari kelemahan sistem pentadbirannya. Beliau dilihat gagal, ramai percaya ia didalangi oleh penyokong-penyokong UMNO sendiri yang mensabotaj 22 DUN dan 14 Parlimen sehingga menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional di empat buah negeri..
Disebabkan tekanan daripada pelbagai pihak, Pak Lah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Datuk Seri Najib kemudian mengambil amanah untuk menggalas tanggungjawab yang sebelumnya disandang Pak Lah. Perlu diingat, keadaan politik dan dunia multimedia sudah berubah. Rakyat sudah semakin terdedah dengan lambakan maklumat daripada pelbagai pihak tidak kira daripada dalam mahupun luar parti, yang sahih hatta yang palsu pun turut sama disebarkan.
Di waktu inilah, kita lihat bagaimana seorang pemimpin diburuk-burukkan supaya kredibilitinya jatuh dan menjadi tidak popular di kalangan rakyat. Datuk Seri Najib pada kali ini menjadi sasaran atas semua isu yang berlaku di negara kita.
Tidak cukup dengan itu, beliau difitnah dan dikaitkan dengan segala amalan yang tidak baik walhal yang menghentam dasar beliau itu tidak pernah mengambil kira kesan positif yang terhasil daripada keputusan yang dibuat beliau.
Banyak keadaan harus dipertimbangkan untuk menjadikan umno sebuah parti yang terus relevan buat semua lapisan masarakat. Menjadi ketua yang bertanggungjawab dalam mencorakkan kepimpinan dengan didokong oleh parti-parti yang kepelbagaian bukan satu tugas yang mudah.
Pepatah melayu mengatakan, 'umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berciciran'.. Cuba nyatakan, jika sesiapa pernah mengaitkan Najib sebagai rasis secara terbuka? Baik kaum melayu mahupun Cina dan India semuanya menyenangi beliau. Beliau menangani keadaan sebaik mungkin di sebalik provokasi kaum dan agama yang semakin menjadi-jadi pada masa kini. Apakah akan berlaku pada negara kita jika pemimpin kita tidak bijak menangani keadaan sedemikian?
MH17, MH370
Mungkin ada di antara yang mengkritik beliau masih belum lupa bagaimana DS Najib mengharumkan nama negara apabila menjadi satu-satunya pemimpin yang berjaya melembutkan pemberontak pro-Rusia di Ukraine dalam penyerahan kotak hitam pesawat MH17 dan jaminan akses ke kawasan medan perang yang mengancam keselamatan pasukan mana-mana negara dalam dunia ini. Diplomasi beliau bagaimanapun berjaya untuk tampil sebagai pihak berkecuali dalam konflik-konflik yang biasanya menuntut pendirian berpihak sebelum memasuki kawasan mereka.
Tragedi MH370 merupakan sejarah hitam negara, namun negara kita berhasil menyatukan dua buah blok, pro-Amerika dan negara Komunis dalam satu kerjasama SAR membabitkan pelbagai jenis aset, teknologi serta kemampuan yang sepatutnya menjadi rahsia bagi negara-negara kuasa besar yang terlibat.
Sehingga kini, belum ada mana-mana negara yang mampu mengetuai operasi yang melibatkan beberapa buah negara sehingga menjadi misi mencari yang terbesar dan termahal dalam sejarah selepas operasi SAR Amelia Earhart pada 1937.
PRU-13 telah membuktikan keberkeasanan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang telah berjaya merampas kembali Perak, Kedah dan Terengganu daripada Pakatan Rakyat. Ini merupakan satu keputusan yang mengejutkan di sebalik Tsunami Pakatan Rakyat dengan gabungan PKR, PAS dan DAP yang ketika itu berada di puncak kebangkitannya.
Menjadi peneraju parti bukan mudah, mengekalkan penguasaan parti juga bukan mudah. Banyak kemungkinan boleh berlaku sekiranya DS Najib gagal dalam tugasnya sebagai Perdana Menteri, kita akan lihat berlakunya ahli-ahli merusuh dalam pemilihan parti, fenomena lompat parti, seperti yang kita lihat seolah-olah menjadi budaya dalam parti pembangkang.
Ujian Allah untuk DS Najib
2015 dijangkakan menjadi tahun yang mencabar buat negara kita dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Dengan permulaan 2015 yang menguji negara satu demi satu - bencana alam, tragedi kemalangan dalam aviator, mata wang RM yang lemah, penurunan harga petrol dunia dan sebagainya, merupakan antara indikator yang boleh kita jangkakan bahawa ekonomi negara pada tahun ini berada di tahap yang agak sukar.
Pembangunan semula infrastruktur bagi negeri Kelantan yang dilanda bencana banjir teruk, dilaporkan sebanyak RM1 Bilion, belum lagi negeri2 lain yang dilanda banjir termasuk Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan lain2. Sungguhpun pelbagai ujian diberikan Allah bagi menguji rakyat di negara ini, negara kita masih di tahap baik.
Tidak ada tanda-tanda negara mengalami krisis ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1997. Bagi rakyat yang tidak memahami keadaan semasa, DS Najib yang berperanan sebagai Menteri Kewangan sudah tentu lebih tahu keadaan yang terbaik untuk negara kita.
Tun Mahathir pemimpin disegani oleh rakyat dan masyarakat dunia. Beliau juga digeruni oleh politikus kuasa Barat yang sentiasa memperlekehkan Islam dan kepimpinan di negara kita. Namun setiap pemimpin mempunyai masa dan zaman kemuncaknya sendiri. Beliau yang banyak berjasa kepada negara sehingga dikenali sebagai ikon Bapa Pemodenan negara. Namun demikian, berapa ramaikah kalangan rakyat yang sentiasa menghargai segala hasil usahanya terutama pengkritik-pengkritik media sosial di zaman fitnah sedang berleluasa sekarang? Atau sepatutnya dianggap biasa sahaja untuk menjadi salah seorang daripada mereka?
DS Najib mempunyai kekuatannya tersendiri. Beliau disenangi oleh rakyat dan masyarakat dunia. Setiap hari beliau menyerap segala bentuk kritikan dan serangan peribadi melibatkan diri dan keluarganya demi untuk mengekalkan kepimpinan parti sebagai peneraju dalam pentadbiran negara.
Tidak memadaikah semuanya dikorbankan untuk kepentingan negara, bangsa dan agama kita? Tanyalah pada Pak Lah, sekuat manakah DS Najib sehingga mampu bertahan disebalik satu persatu dugaan menghurungi beliau?
Pada pendapat penulis, biarlah apa orang nak kata. DS Najib ialah pemimpin kita, orang yang kita sendiri amanahkan dengan tanggungjawab dan ujian yang berat seperti ini. Negara kita terus membangun, rakyat tetap hidup dalam sejahtera. Itulah yang paling penting...
Wednesday, December 31, 2014
Bayaran masuk rizab semula jadi Sarawak, taman negara dimansuh.
KUCHING: Sarawak Forestry mengumumkan bahawa bayaran masuk untuk semua kategori pelawat ke Rizab Semula Jadi Sama Jaya dan Taman Negara Gunung Santubong dimansuhkan bermula 1 Januari.
Pengecualian itu adalah untuk bayaran masuk manakala bayaran lain yang dikenakan masih diteruskan.
Bagaimanapun bayaran di taman negara dan rizab semula jadi yang lain di Sarawak kekal tidak berubah.
Untuk keterangan lanjut mengenai Rizab Semula Jadi Sama Jaya, Taman Negara Gunung Santubong, taman negara dan rizab semula jadi yang lain sila layari laman web Sarawak Forestry di www.sarawakforestry.com.
Orang ramai juga boleh menghubung Pejabat Tempahan Taman Negara di talian 082-248088.
Sumber artikel: theborneopost.com
Tuesday, December 30, 2014
Sebuah lagi pesawat Air Asia Z2272 tergelincir di Filipina (6 gambar).
Syukur tidak ada apa-apa kemalangan jiwa dalam satu lagi insiden melibatkan pesawat milik syarikat Air Asia yang berlaku selepas tragedi yang menimpa penerbangan QZ8501 kelmarin.
Gambar pendaratan cemas di kawasan rumput ini dilakukan oleh sebuah pesawat AirAsia dengan kod penerbangan Z2272 di Lapangan Terbang Kalibo lewat petang tadi.
Penerbangan tersebut awalnya dijangka tiba pada pukul 4.15pm juga difahamkan telah ditunda selama hampir dua jam sebelum berlepas akibat cuaca buruk.
Bagaimanapun, kesemua penumpang seramai 153 orang beserta anak kapal bernasib baik berikutan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian cemas itu.
Menurut laporan portal Rappler.com, kejadian tidak diduga ini berlaku disebabkan faktor cuaca angin kencang.
Setakat ini, pihak AirAsia Filipina masih belum membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Terkini - Gambar objek dan mayat pesawat malang AirAsia QZ8501
Al-Jazeera turut melaporkan 6 mayat ditemui di Laut Jawa berhampiran di mana serpihan pesawat itu ditemui.
Waris 162 penumpang dan anak kapal pesawat itu yang mengikuti sidang akhbar itu dari pusat krisis di Surabaya kelihatan saling berpelukan dan menangis.
Ahli keluarga menangis penuh emosi ketika menonton rakaman menunjukkan mayat terapung di lautan di sidang akhbar itu.
“Pada jam 1.25 petang, kami melihat objek terapung dipercayai mayat salah seorang penumpang,” katanya.
Situasi di pusat krisis di Surabaya itu tegang dan penuh emosi, dengan ada yang menjerit dan menangis tidak berhenti.
Seorang lelaki pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.
Bambang berkata satu pesawat tentera udara hari ini menemui 'bayang' di dasar lautan dipercayai pesawat AirAsia yang hilang itu.
“Tuhan merahmati kita hari ini.
“Pada 12.50 tengah hari pesawat tentera udara Hercules menemui objek digambarkan sebagai bayang di dasar lautan dalam bentuk kapal terbang,” katanya.
Bambang berkata pencarian kini akan tertumpu di lokasi di mana “bayang” dan serpihan itu ditemui, kira-kira 160km barat daya bandar Pangkalan Bun.
“Semua anggota mencari dan menyelamat akan dipindahkan ke lokasi itu.
“Tugas mereka ialah untuk mencari dan memindahkan semua objek atau mayat penumpang.
“Saya akan pastikan semua dibawa ke Pangkalan Bun, lokasi paling hampir dengan lokasi objek,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan serpihan yang ditemui hari ini dalam operasi pencarian udara pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat yang hilang itu, lapor AFP memetik kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.
“Untuk masa ini, boleh disahkan ia adalah pesawat AirAsia dan menteri pengangkutan akan bertolak secepat mungkin ke Pangkalan Bun.
“Berdasarkan kepada pemerhatian anggota mencari dan menyelamat, beberapa benda penting ditemui seperti pintu penumpang dan pintu kargo. Ia di lautan, 160km barat daya Pangkalan Bun,” katanya merujuk kepada bandar di Kalimantan Tengah, di kepulauan Borneo.
Anggota pencari dan penyelamat Indonesia awal hari ini menemui beberapa objek kelihatan seperti slaid kecemasan dan pintu pesawat di lautan ketika menjejaki pesawat AirAsia yang hilang pada Ahad dalam ribut ketika merentasi Pulau Jawa.
Bambang berkata beliau 95% pasti serpihan yang dilihat di perairan Kalimantan, Indonesia itu adalah sebahagian daripada pesawat AirAsia yang dianggap terhempas 2 hari lalu.
“Saya pasti 95% rakaman gambar itu adalah serpihan disyaki daripada pesawat itu,” katanya kepada wartawan.
Pesawat Airbus 320-200 bersama 162 orang penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi hilang komunikasi dengan menara kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.
Seramai 155 daripada mereka adalah warga Indonesia dan seorang dari Malaysia.
Sementara itu, pada 4.11 petang tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes di Twitter berkata:”Hati saya sangat sedih untuk semua keluarga terlibat dalam QZ8501. Bagi pihak AirAsia yang mengucapkan takziah untuk semua. Saya tidk boleh ucapkan dengan kata-kata betapa kesalnya saya.”
Beliau kemudian memaklumkan akan bergegas ke Surabaya.
“Kami di AirAsia akan melakukan segala yang termampu,” katanya di Twitter, dan ramai pengguna Twitter lain menyampaikan rasa simpati dan memintanya tabah. – TMI
Al-Fatihah
Gambar Suasana Dahsyat Kuala Krai selepas banjir
Kuala Krai kini sesudah air surut. Sebahagian tempat masih lagi dilanda banjir yang menunjukkan keadaan air menenggelami rumah sehingga mencecah ke aras bumbung.
Betapa besarnya kuasa alam yang Allah turunkan melalui air bah sehingga meranapkan kebanyakan rumah-rumah, memusnahkan harta benda serta menerbalikkan kereta dan jentera-jentera berat.
Keadaan yang sungguh menyedihkan, tidak ubah seperti dilanda Tsunami yang menjadikan beberapa kampung berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Ia menginsafkan kita, supaya kita tidak memandang ringan bahaya arus air ketika musim banjir.
Tinggalkanlah rumah dengan segera jika air naik mendadak, selamatkan apa yang perlu sahaja. Sesungguhnya nyawa kita adalah lebih utama daripada himpunan harta benda. Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dicurahkan rezeki yang melimpah ruah setelah diuji dengan musibah dahsyat seperti ini.
Betapa besarnya kuasa alam yang Allah turunkan melalui air bah sehingga meranapkan kebanyakan rumah-rumah, memusnahkan harta benda serta menerbalikkan kereta dan jentera-jentera berat.
Keadaan yang sungguh menyedihkan, tidak ubah seperti dilanda Tsunami yang menjadikan beberapa kampung berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Ia menginsafkan kita, supaya kita tidak memandang ringan bahaya arus air ketika musim banjir.
Tinggalkanlah rumah dengan segera jika air naik mendadak, selamatkan apa yang perlu sahaja. Sesungguhnya nyawa kita adalah lebih utama daripada himpunan harta benda. Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dicurahkan rezeki yang melimpah ruah setelah diuji dengan musibah dahsyat seperti ini.
Misteri kehilangan AirAsia QZ8501 seperti MH370?
Edisi Santai..
Artikel yang dipetik daripada blogger Indonesia berkenaan teori angka yang dikaitkan dengan kejadian atau insiden malang yang berlaku baru-baru ini. Apa yang terjadi adalah kehendak Allah dan Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
Di dalam kepercayaan masyarakat melayu terdapat beberapa kepercayaan dan amalan yang dipegang turun temurun yang mana kepercayaan tersebut boleh menjejaskan akidah kita kerana pergantungan kepada kejadian tersebut. Oleh itu perlulah kita jauhi perkara syirik, kurafat dan kepercayaan yang tidak ada sandaran yang sahih :
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mempercayai bulan safar membawa sial dan bala bencana.
2. Mempercayai burung hantu berbunyi diwaktu malam akan ada orang nak mati atau ada bala bencana.
3. Percaya bahawa apabila hujan panas ada orang nak mati.
4. Percaya kalaulah cicik berbunyi maknanya betullah cakap kita.
5. Biawak lintas jalan ada petanda urusan hari itu gagal tak boleh diteruskan. Jika diteruskan akan gagal.
6. Bila ada kupu-kupu masuk rumah akan ada tetamu nak datang ke rumah.
7. Bila tangan kanan bergerak-gerak akan ada rezeki, begitu juga bila tangan kiri bergerak akan habiskan rezeki yang ada.
8. Telik tapak tangan dan mempercayai urat-urat tertentu boleh membawa tuah atau sebaliknya.
9. Apabila ada pingan pecah maka akan ada bala nak datang atau ada sesuatu kemalangan akan berlaku.
10. Bila makan tersedak ada orang sebut nama kita atau ada orang sedang mengingati kita.
Berkenaan tragedi yang menimpa pesawat QZ8501, anggaplah semua ini sebagai satu ketentuan Allah dan tiada kaitan dengan satu apapun malapetaka yang terjadi dalam kehidupan kita. Semoga Allah pelihara diri kita daripada perkara syirik, khurafat serta melindungi kita daripada segala musibah dan bencana. Amin.
Artikel di bawah seronok dibaca sebagai hiburan, diterjemah sepenuhnya dengan akal logik berdasarkan pendapat peribadi si pengarang. Terpulang kepada pembaca sendiri untuk menilainya. - Sarawakianmarks
Misteri Aneh Pesawat Air Asia QZ8501 yang hilang
Jakarta – Pesawat AirAsia QZ8501 tujuan Surabaya ke Singapura hilang di lepas pantai Belitung tadi pagi. Ternyata pesawat yang membawa 155 penumpang tersebut merupakan penerbangan jam pertama yang dilakukan AirAsia dari Surabaya menuju Singapura. “Rute penerbangan dari Surabaya menuju Singapura ini merupakan penerbangan jam pertama AirAsia,” ujar Group CEO AirAsia Tony Fernandes di Bandara Juanda, Surabaya, Minggu (28/12/2014)…. Sebelum Hilang, Pilot AirAsia Laporkan akan Hindari Awan
JAKARTA, KOMPAS.com – Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dilaporkan hilang, sebelumnya melaporkan akan menghindari awan tebal. Plt Dirjen Perhubungan Udara Joko Murdjatmojo mengatakan pesawat sempat melakukan kontak terakhir dengan ATC di Bandara Soekarno-Hatta pada pukul 06.12 WIB. Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dan minta izin untuk menaikkan ketinggian pesawat menjadi 38.000 kaki. “Pada pukul 06.17 WIB, pesawat hilang kontak dan pada pukul 06.18 yang terlihat hanya flight plan atau rencana penerbangan,” ujarnya Minggu (28/12/2014)…..
Longsor Banjarnegara Sebuah Tanda Aneh dari Langit
Setelah menuilskan artikel Misteri Aneh Jokowi Jadi Presiden, Sebuah Tanda Dari Langityang menuliskan simbol 66 sebelum Jokowi dilantik 20-oktober-2014, maka 53 hari setelah pelantikan itu terjadi longsor banjarnegara 12-12-2014. Sebuah rentang waktu 66+53=119 seperti terlukis di gambar dibawah ini:…. Sebuah simbol 119 yang jelas telah dituliskan, baca Cincin Raksasa Muncul di Atas Gunung Slamet, Sebuah Tanda Yang Jelas yang memuat gambar tentang 11-9-2014Sebuah 119 yang lain, sebelum Air Asia hilang, Misteri Aneh Jokowi & Tukang Sate tergambar di bawah ini
Inilah gambar sebelum 119 yang terjadi secara beruntun, cek posting Dibalik Misteri Angka 7 di #MH17 Jatuh
Misteri Aneh Pesawat Air Asia Hilang QZ 8051
Perhatikan gambar dibawah ini sebelum QZ 8510 hilang, yang termuat pada Misteri Aneh Jokowi Jadi Presiden, Sebuah Tanda Dari Langit
Tercatat 77 hari yang terjadi antara dua kejadian diatas, perhatikan 77 ini muncul pada pesawat Air Asia QZ 8501 dibawah ini
Sebuah kenyataan, Bos AirAsia: Hilangnya QZ8501 Sangat MengejutkanTony Fernandes angkat bicara soal hilangnya salah satu burung besi milik maskapainya, AirAsia QZ8501. Tony mengaku, penerbangan dengan rute Surabaya-Singapura ini adalah penerbangan yang pertama. “Ini sangat mengejutkan, dan tak dapat dipercaya, tapi kami belum tahu apa yang tengah terjadi,” kata Group CEO AirAsia Tony Fernandes dalam konferensi persnya di Bandara Juanda, Sidoarjo, Jawa Timur, Minggu (28/12/2014).
Ada apakah dengan 77 diatas sebagai makna kembar yang mudah di-ingat ? sekali lagi serba 7 ini pernah muncul, Dibalik Misteri Angka 7 di #MH17 Jatuh Dikutip dariJPNN.com, Insiden MH17 Penuh Angka Tujuh
Dilansir dari ibtimes, Kamis (17/7), sebuah tweet dari CJ Chivers mengupas soal terlalu banyaknya angka 7 dalam kejadian ini, khususnya pada pesawat yang diduga jatuh ditembak di perbatasan Ukraina-Rusia itu. Chivers menulis di tweetnya tentang pesawat penerbangan MH17, sebuah Boeing 777, melakukan penerbangan pertamanya pada tanggal 17 Juli 1997, 17 tahun yang lalu dari hari ini.Detail unik yang muncul di saat orang haus informasi terkait ini kemudian menarik perhatian numerologists dan teori konspirasi. Tidak segampang itu kebetulannya, karena begitu banyak angka 17 dan 7. Flight MH17, Boeing 777, pertama terbang pada tanggal 17-7- 97 dan jatuh 17 tahun kemudian, pada 17-7-14…. dan terkhir dari news.liputan6.com, Suhu Naga: Misteri di Balik Angka 7 MH17 Malaysia AirlinesTernyata banyak misteri di balik angka 7 yang ada dalam nomor pesawat MH17, seperti awal mula MH17 yang meluncur pada 17 Juli 1997 dan pesawat tersebut mengalami kecelakaan pada 17 Juli 2014 kemarin.
Dibalik Misteri Angka 7 di #MH17 Jatuh
Semua sekarang bicara tentang angka 7 dimana MH 370 dan MH 17 semua mengandung angka 7 dari kecelakaan dan rentang waktu antara dua kecelakaan, apakah dibalik makna 7 ini ? sebenarnya angka tujuh ini telah dibahas di Misteri Aneh, Antara MH17 Jatuh dan MH 370 Hilang , namun kita perhatikan bahwa jauh jatuhnya MH 17 ditanggal 17/7/2014, dimana 17 hari kedepan tepat tgl 3/8/2014 (tgl yang dibalik dari jatuhnya MH 370).
Sekali lagi adakah angka 7 ini berarti ? lihatlah tulisan sebelum kedua pesawat itu jatuh yang semuanya memuat angka 7, ditulisan Inilah Bukti Kiamat Sudah Dekat memuat:sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu itu pasti terjadi. (QS Almursalat/77 ayat 7)
Ayat diatas menceritakan ketetapan yang terjadi, sebuah janji yang menceritakan terjadinya hari kiamat yang pasti terjadi. Sebagai penegas, sebuah keunikan lain pada tokoh bangsa, dilihat jutaan manusia, muncul yang dijelaskan pada gambar berikut ini (baca Kejadian Aneh-Aneh Sebelum Ustad Jefri Al Buchori Wafat)
Sekali lagi lihat Pada gambar diatas dinyatakan sebuah 57:20 sebagai renungan akan musibah ini terdapat pada QS 57:20 yang berbunyi
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (QS: 57:20)
Amaran banjir di Kuching. Persediaan untuk menghadapi banjir.
Pusat Pemindahan Banjir berdaftar dibawah Pejabat Daerah Kuching. Berikut adalah nombor pegawai yang bertanggungjawab dan tempat untuk dirujuk jika berlaku sebarang kecemasan disebabkan oleh bencana banjir.
Berhati-hati ketika musim tengkujuh. Perhatikan anak-anak yang bermain air. Hubungi pihak yang disenaraikan di bawah sekiranya perlu bagi mendapatkan bantuan.
Berhati-hati ketika musim tengkujuh. Perhatikan anak-anak yang bermain air. Hubungi pihak yang disenaraikan di bawah sekiranya perlu bagi mendapatkan bantuan.
Sunday, December 28, 2014
Gempar! AirAsia QZ8501 dilihat terbang rendah di Santubong, Kuching?
Kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 masih belum lagi ditemui oleh pasukan SAR setakat ini. Kini khabar angin sudah mula kedengaran mengenai kehilangannya. Semakin lama, semakin pelik dakwaan dibuat pelbagai pihak. Terbaru beberapa individu melaporkan terlihat sebuah pesawat AirAsia yang terbang rendah merentasi Kampung Buntal, di Santubong ke arah laut mengejutkan pelbagai pihak.
Namun pihak berkuasa menafikan khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial, termasuk Facebook, mendakwa pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501, dilihat terbang di ruang udara bandaraya ini dan Santubong.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek, ketika membuat penafian itu, berkata penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh menjejaskan usaha pihak berkuasa mengesan pesawat berkenaan yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi tadi.
Penafian polis mengenai khabar angin ini turut dilaporkan dalam www.bharian.com.my
Terkini - Inilah gambar jenis pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang
Pesawat Airbus A320-200 (nombor siri PK-AXC) yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 7:24pagi tadi.
Penerbangan QZ 8501 membawa145 penumpang dan 7 orang anak kapal terputus hubungan ketika terbang di ruangan udara Indonesia. Seramai 149 penumpang dan anak kapal adalah bewarganegara Indonesia, 3 Korea Selatan, 1 dari Britain dan 1 dari Malaysia. Pesawat A320-200 ini sudah beroperasi sejak 2008.
Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Di bawah ialah gambar PK-AXC yang perolehi dari pengkalan data planepictures.net.

Sumber PlanePictures
Subscribe to:
Comments (Atom)





























