Showing posts with label SUPP. Show all posts
Showing posts with label SUPP. Show all posts

Thursday, June 16, 2016

AMARAN Ketua Menteri, Adenan Satem kepada semua Menteri dan ADUN BN Sarawak.

Menjadi ADUN dan menteri di Sarawak bukan satu peluang untuk meraih keuntungan politik atau kedudukan. Ia tidak kekal melainkan disertai dengan prestasi yang memuaskan untuk membantu rakyat.

Di Sarawak, setiap kalangan wakil rakyat daripada Barisan Nasional akan dinilai prestasi setiap 6 bulan dalam 'report card' mereka. Jika mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik, maka mereka akan digugurkan pada PRN penggal akan datang atau dilucutkan jawatan.

Jadi, ia adil kepada rakyat, serta kepimpinan BN negeri yang lain yang bersungguh-sungguh memberikan perkhidmatan terbaik.

Ia mengajar wakil rakyat BN Sarawak agar tidak menjadi seperti ADUN pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihanraya serta cuma menabur kebencian untuk mendapatkan sokongan melalui undi protes.

Semoga kepimpinan BN di negeri-negeri lain turut sama mengikuti cara Tok Nan kita dengan tegas. Dengan ini, pembangkang tidak lagi mempunyai alasan untuk memburukkan wakil rakyat kita tanpa hujah melainkan cakap-cakap kosong dan pembohongan semata-mata.

Tunjukkan Prestasi, Jika Tidak Mahu Digugurkan Atau Dilucutkan Jawatan - Adenan

Tan Sri Adenan Satem - Ketua Menteri Sarawak

Kuching : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberi amaran kepada semua menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional agar melaksanakan tugas dengan baik jika tidak mahu digugurkan ataupun dilucutkan jawatan.

Menurut beliau, jika ada wakil rakyat tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik berkemungkinan mereka tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya akan datang manakala bagi menteri pula beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan kabinet untuk menggantikan mereka.

“Mereka mungkin tidak akan disuruh bertanding lagi,” tegas beliau.

“Mungkin rombakan kabinet akan dibuat tetapi pada akhirnya, jika mereka tidak melaksanakan tugas dengan baik, mereka perlu dilucutkan,” kata Adenan ketika ditemui pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Berucap pada Persidangan Penggal Pertama DUN semalam, beliau berkata pengurusan berasaskan prestasi telah diwujudkan untuk semua kementerian di mana semua menteri diwajibkan melaksanakan KPI masing-masing.

"KPI ini juga penting untuk memastikan penjajaran yang strategik sentiasa ada di antara KPI kementerian dengan objektif dan matlamat pembangunan negeri. Saya akan memantau dengan dekat prestasi menteri menerusi KPI mereka,"

"Pada waktu yang sama, semua wakil rakyat Barisan Nasional juga diwajibkan menyediakan KPI masing-masing di mana laporannya akan dikemukakan kepada saya sekali setiap enam bulan. Bagi tujuan ini, format laporan standard akan disediakan untuk mereka," katanya.

Tambah beliau lagi, dengan adanya pengenalan KPI ini, beliau berharap semua wakil rakyat akan sentiasa peka mengenai isu dan masalah yang dihadapi rakyat di kawasan masing-masing.

"Menerusi usaha ini, kerajaan diharapkan dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat," katanya. - Sarawakiana


Friday, May 20, 2016

Senarai portfolio 18 orang (ADUN SARAWAK) sebagai menteri muda, Negeri Sarawak



KUCHING: Seramai 18 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengangkat sumpah sebagai menteri muda di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Lapau, bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, pagi tadi.

Bagaimana pun, portfolio 18 Menteri Muda tersebut masih jadi tanda tanya sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Ketua Menteri.

Seperti yang dijanjikan, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan senarai lengkap portfolio barisan Menteri Muda berkenaan pada sidang media di Pejabatnya di sini sebentar tadi.

Berikut senarai lengkap portfolio menteri-menteri muda yang telah diumumkan;

Menteri-menteri muda:

1. Datuk Francis Hardin :
- Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan ( Interior Area)

2. Datuk Lee Khim Shin :
- Menteri Muda Tanah, Pengangkutan Udara dan Keselamatan
- Menteri Muda Pelancongan

3. Datuk Naroden Majais :
- Menteri Muda Perancangan Sumber
- Menteri Muda Pembangunan Usahawan

4. Datuk John Sikie :
- Menteri Muda Kebudayaan dan Adat Istiadat

5. Datuk Talip Zulpilip :
- Menteri Muda Pembangunan Insfratruktur
- Menteri Muda Urbanisasi

6. Datuk Julaihi Narawi :
- Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perikanan (Pesisir)
- Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi)

7. Datuk Abdul Karim Abdul Rahman :
- Menteri Muda Belia dan Sukan
- Menteri Muda Perumahan

8. Datuk Dr Jerip Susil :
- Menteri Muda Kesihatan Awam

9. Liwan Lagang :
- Menteri Muda Pengangkutan Sungai dan Keselamatan

10. Rosey Yunus:
- Menteri Muda Solidariti

11. Datuk Len Talip Salleh :
- Menteri Muda Pembangunan Modal Insan dan Latihan
- Menteri Muda Alam Sekitar

12. Datuk Roland Sagah Wee Inn :
- Menteri Muda Kemudahan Awan (Bekalan Air)

13. Dr Abdul Rahman Junaidi :
- Menteri Muda Kemudahan Awan ( Elektrik dan Telekomunikasi)

14. Dr Abdul Rahman Ismail :
- Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat

15. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali :
- Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga

16. Dr Annuar Rapaee :
- Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi

17. Malcom Mussen :
- Menteri Muda Pertanian

18. Datu Dr Penguang Manggil :
- Menteri Muda Kerajaan Tempatan

- Sarawakiana

Tuesday, April 19, 2016

Terkini - Senarai penuh calon-calon BN PRN11 Sarawak

Tahniah kepada calon BN yang telah dipilih. Semoga Barisan Nasional akan diberi mandat untuk terus berkhidmat kepada rakyat Sarawak.





Calon-calon untuk Barisan Nasional Negeri Sarawak

DUN N.01 Tasik Biru Henry @ Harry Anak Jinep SPDP
DUN N.02 Opar Ranum Mina Calon Langsung BN
DUN N.03 Tanjung Datu Adenan Satem BN-PBB
DUN N.04 Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi BN-PBB
DUN N.05 Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni BN-PBB
DUN N.06 Tupong Fazruddin Abdul Rahman BN-PBB
DUN N.07 Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali BN-PBB
DUN N.08 Satok Abang Johari Tun Abang Openg BN-PBB
DUN N.09 Padungan Peter Pau BN-SUPP
DUN N.10 Pending Milton Foo BN-SUPP
DUN N.11 Batu Lintang Sih Hua Tong BN-SUPP
DUN N.12 Kota Sentosa Wilfred Yap BN-SUPP
DUN N.13 Batu Kitang Lo Khere Chiang BN-SUPP
DUN N.14 Batu Kawa Dr Sim Kui Hian BN-SUPP
DUN N.15 Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah BN-PBB
DUN N.16 Muara Tuang Idris Buang BN-PBB
DUN N.17 Stakan Mohammad Ali Mahmud BN-PBB
DUN N.18 Serembu Miro ak Simuh Calon Langsung BN
DUN N.19 Mambong Dr Jerip Susil Calon Langsung BN
DUN N.20 Tarat Roland Sagah Wee Inn BN-PBB
DUN N.21 Tebedu Michael Manyin Jawong BN-PBB
DUN N.22 Kedup Martin Ben BN-PBB
DUN N.23 Bukit Semuja John Ilus Calon Langsung BN
DUN N.24 Sadong Jaya Aidel Lariwoo BN-PBB
DUN N.25 Simunjan Awla bin Dris BN-PBB
DUN N.26 Gedong Mohd Naroden Majais BN-PBB
DUN N.27 Sebuyau Julaihi Narawi BN-PBB
DUN N.28 Lingga Simoi Peri BN-PBB
DUN N.29 Beting Maro Razali Gapor BN-PBB
DUN N.30 Balai Ringin Snowdan Lawan BN-PRS
DUN N.31 Bukit Begunan Mong Dagang BN-PRS
DUN N.32 Simanggang Francis Harden Hollis BN-SUPP
DUN N.33 Engkilili Johnical Rayong Calon Langsung BN
DUN N.34 Batang Ai Malcolm Mussen Lamoh BN-PRS
DUN N.35 Saribas Mohd Razi Sitam BN-PBB
DUN N.36 Layar Gerald Rentap Jabu BN-PBB
DUN N.37 Bukit Saban Douglas Uggah Embas BN-PBB
DUN N.38 Kalaka Abdul Wahab Aziz BN-PBB
DUN N.39 Krian Kilat anak Briak BN-SPDP
DUN N.40 Kabong Mohd Chee Kadir BN-PBB
DUN N.41 Kuala Rajang Len Talif Salleh BN-PBB
DUN N.42 Semop Abdullah Saidol BN-PBB
DUN N.43 Daro Shafiee Hj Ahmad BN-PBB
DUN N.44 Jemoreng Dr Juanda Jaya BN-PBB
DUN N.45 Repok Huang Tiong Sii BN-SUPP
DUN N.46 Meradong Ding Kuong Hiing SUPP
DUN N.47 Pakan William Mawan Calon Langsung BN
DUN N.48 Meluan Roland Duat BN-SPDP
DUN N.49 Ngemah Alexander Vincent BN-PRS
DUN N.50 Machan Allen Siden Gramong BN-PBB
DUN N.51 Bukit Assek Chieng Buong Toon BN-SUPP
DUN N.52 Dudong Tiong Thai King Calon Langsung BN
DUN N.53 Bawang Assan Wong Soon Koh Calon Langsung BN
DUN N.54 Pelawan Janet Lau Calon Langsung BN
DUN N.55 Nangka Dr Annuar Rapa’ee BN-PBB
DUN N.56 Dalat Fatimah Abdullah BN-PBB
DUN N.57 Tellian Yussibnosh Balo BN-PBB
DUN N.58 Balingian Abdul Yakub Arbi BN-PBB
DUN N.59 Tamin Christopher Gira BN-PRS
DUN N.60 Kakus John Sikie Tayai BN-PRS
DUN N.61 Pelagus Wilson Nyabong BN-PRS
DUN N.62 Katibas Ambrose Blikau BN-PBB
DUN N.63 Bukit Goram Jefferson Jamit BN-PBB
DUN N.64 Baleh James Masing BN-PRS
DUN N.65 Belaga Liwan Lagang BN-PRS
DUN N.66 Murum Chuk Pai Ugon BN-PRS
DUN N.67 Jepak Talib Zulpilip BN-PBB
DUN N.68 Tanjong Batu Pau Chiong Ung BN-SUPP
DUN N.69 Kemena Stephen Rundi Utom BN-PBB
DUN N.70 Samalaju Majang Renggi BN-PRS
DUN N.71 Bekenu Rosey Yunus Calon Langsung BN
DUN N.72 Lambir Ripin Lamat BN-PBB
DUN N.73 Piasau Sebastian Ting BN-SUPP
DUN N.74 Pujut Hii Kiing Chiong Calon Langsung BN
DUN N.75 Senadin Lee Kim Shin BN-SUPP
DUN N.76 Marudi Dr. Penguang Anak Manggil SPDP
DUN N.77 Telang Usan Dennis Ngau BN-PBB
DUN N.78 Mulu Gerawat Jala Calon Langsung BN
DUN N.79 Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail BN-PBB
DUN N.80 Batu Danau Paulus Palu Gumbang Calon Langsung BN
DUN N.81 Ba’kelalan Willie Liau BN-SPDP
DUN N.82 Bukit Sari Awang Tengah Ali Hasan BN-PBB

*selamat berjuang ‪#‎TeamAdenan‬

Wednesday, November 12, 2014

11 kerusi DUN baru Sarawak, milik siapa?



Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan usul penambahan kerusi DUN daripada 71 kepada 82 keseluruhan, hari ini. Bermakna ada sebelas DUN baru Negeri Sarawak.

PR sebelum ini membantah penambahan kerusi DUN kerana ia disifatkan terlalu drastik. Bagaimanapun, usul penambahan kerusi DUN akhirnya telah disepakati oleh 8 ADUN BN dan 7 ADUN Pembangkang.

Kedudukan DUN Sarawak selepas PRN ke-10 mengikut mandat parti adalah seperti berikut;
(BN - 55 kerusi) 
(Pakatan Rakyat - 14 kerusi  + Pembangkang Swak - 2 kerusi)
Beza adalah 39 kerusi..

Berikut adalah sedikit fakta yang penulis faham dan diringkaskan untuk memudahkan kita memahami tentang usul penambahan kerusi DUN dan kedudukan terkini ADUN-ADUN negeri Sarawak.

Orang yang mengemukakan usul penambahan kerusi DUN
- ADUN Satok,  Datuk Amar Abang Johari Openg merangkap Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak.

Waktu diusulkan dan tempat
- pada hari kedua persidangan DUN di Bangunan DUN baru, di Kuching.

Sebab penambahan kerusi DUN
- Peningkatan populasi yang boleh mengundi, berikutan kepesatan pembangunan dan aktiviti ekonomi di negeri ini sejak semakan semula kawasan pilihan raya pada 2005.

Rasional keputusan penambahan kerusi DUN
- Dari segi perlembagaan, kawasan pilihan raya disemak selang tidak kurang lapan tahun, bergantung peningkatan populasi, kepesatan pembangunan dan kegiatan ekonominya.

Tarikh berkuatkuasa
- Sebaik sahaja rang undang-undang itu diluluskan, ordinan baharu akan dikuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Yang Dipertua Negeri sebelum pilihan raya negeri akan datang.


Parti Komponen BN Sarawak sebelum ini mengalami perpecahan, akibatnya kehilangan 6 ADUN (dari parti SPDP) dan 4 ADUN (dari parti SUPP), sementara DAP kehilangan 1 ADUN yang dipecat dan kini menjadi Bebas.

Jumlah keseluruhan ADUN BN kini dalam parti komponen - 45 orang
Jumlah keseluruhan ADUN PR kini dalam parti komponen - 13 orang

Kesemua ADUN BN yang keluar parti, menubuhkan parti baru - TERAS (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) dan UPP (Parti Rakyat Bersatu) telah mengisytihar untuk menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Bagaimanapun, TERAS yang didaftarkan pada September 2013 dan UPP yang ditubuhkan Julai 2014 belum lagi disahkan sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional.

Bantahan keras SUPP dan SPDP terhadap penerimaan UPP dan TERAS sebagai parti komponen BN sememangnya telah diduga sejak dari awal penubuhan parti baru itu lagi. Penjelasannya mudah, kerana UPP adalah daripada serpihan SUPP, sementara TERAS pula adalah serpihan SPDP.

Apapun, SUPP dan SPDP sememangnya pincang akibat masalah kemelut dalaman parti sementara UPP dan TERAS pula tak pernah diuji dan dibuktikan kemampuannya lagi.

Antara keburukan jika TERAS dan UPP menyertai BN sebelum PRN ialah kekangan oleh pembahagian kerusi. Dengan bertanding atas tiket sendiri, TERAS dan UPP boleh bersaing di sebahagian tempat yang turut dipertandingkan SPDP dan SUPP.

Pemimpin TERAS dan UPP, Tan Sri William Mawan dan Datuk Seri Wong Soon Koh bersama ahli parti dalam sidang media baru-baru ini

Menjelang Pilihanraya Negeri akan datang, BN dijangka akan mengalami kemerosotan undi berbanding keputusan PRN ke-10. Bagaimanapun, itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin BN Sarawak dalam merangka perancangan awal untuk mengelak sebarang tragedi dalam keputusan PRN kelak.

Oleh itu, satu kejutan telah dirangka bagi melonjak impak sokongan rakyat terhadap BN Sarawak.

 Rujuk dalam link janji Ketua Menteri..

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/09/kejutan-menanti-pembangkang-sarawak/

Pendapat peribadi penulis, harap-harapnya di bawah berikut BUKAN ' kejutan buat pembangkang pada PRN ' yang dimaksudkan Tan Sri Adenan Satem dalam akhbar baru-baru ini.

  • Yang pertama, usul penambahan 11 kerusi DUN baru ini tidak ada kena-mengena dengan apa-apa jenis kejutan yang dicanangkan oleh Ketua Menteri.
  • Yang kedua, penubuhan UPP dan TERAS tidak ada kena mengena dengan prestasi buruk SUPP dan kepincangan SPDP.
  • Yang ketiga, kemungkinan 'pertembungan kalah mati' di kerusi DUN yang sama di antara parti komponen BN menentang parti mesra BN bagi menentukan tempat dalam barisan kabinet kerajaan negeri.. 
  • Yang keempat, pengumuman bajet belanjawan negeri Sarawak sebanyak RM6,359 Bilion pada tahun 2015 tidak ada kena-mengena dengan projek rakyat sebagai persediaan menghadapi tarikh pembubaran DUN bagi Pilihanraya Negeri yang ke-11 kelak.

Kami sebagai rakyat Sarawak sentiasa menanti kejutan yang tulen memandangkan PR juga menghadapi masalah sesama parti. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui siapa calon BN yang akan bertanding di 11 kerusi DUN Sarawak yang baru kelak.

Sekadar pandangan..


Thursday, September 18, 2014

DAP akan bergaduh dengan PKR rebut kerusi Bawang Assan

Giliran DAP pula akan gaduh dengan PKR di Sarawak... Memang Pakatan tongkang kosong. Rebut kerusi, rebut jawatan, rebut kawasan, rebut kuasa, akhirnya perang sesama sendiri, boikot calon, boikot kempen pilihanraya, boikot ceramah, boikot undi.

Peliknya boleh lagi bagi tahu seluruh Malaysia, Pakatan Rakyat bersatu padu!




SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tidak akan tunduk terhadap tuntutan Parti Keadilan Rak-yat (PKR) yang melahirkan hasrat bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Pengerusi DAP Sarawak, David Wong berkata hasrat Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How untuk meletakkan calon mereka di kerusi berkenan pada PRN nanti adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Jelas beliau, DAP pernah bertanding di kerusi DUN Bawang Assan beberapa kali sejak era Ling See Ming sebagai perintis parti itu pada 80-an. 

“Justeru, agak mustahil kita menyerahkan kerusi berkenaan kepada mereka untuk ditandingi. Apatah lagi kami telah berkhidmat di kawasan itu sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

 Baru-baru ini, See melahirkan hasrat parti itu bertandingkan di kerusi berkenaan ekoran daripada kegagalan DAP memenangi kerusi itu pada PRN lalu.

Wong berkata, mereka (DAP) telah menjalinkan hubungan kukuh dengan kampung-kampung sekitar kawasan Sungai Bidut dan kampung-kampung lain.

“Apapun, saya tidak boleh mengulas lebih panjang mengenai perkara itu tetapi apa yang pasti mereka tidak dapat melakukan sesuatu lebih daripada apa yang kami usahakan selama ini,” ujar beliau.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahlawan berkata, beliau sendiri pernah sekali bertanding di kawasan DUN Bawang Assan.

Tambahnya, DAP bukan sahaja menyalurkan khidmat kepada rakyat di kawasan itu malah turut melaksanakan projek Impian Sarawak di Rassau seperti projek pembinaan jeti dan dermaga di sini.

Rassau merupakan seba-hagian daripada kawasan DUN Bawang Assan dan projek tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 500 orang penduduk.

Sumber: http://www.theborneopost.com/2014/09/17/dap-tidak-akan-benar-pkr-bertanding-di-kerusi-bawang-assan-pada-prn/