Showing posts with label Politik Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Politik Kelantan. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Peluang cerah buat BN di Pengkalan Kubor


KUALA LUMPUR 24 Sept - Di sebalik pergolakan politik di Selangor yang menjadi tumpuan banyak pihak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor esok tidak kurang menariknya, sama ada ia memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Pas atau Bebas.
 
Pertembungan tiga penjuru itu pastinya menarik tumpuan pemerhati politik tanah air yang ingin tahu apakah BN mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Ataukah Pas yang bergeseran di Selangor bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih mendapat sokongan rakyat di Dun itu?
 
Ramai melihat pilihan raya kecil ini lebih kepada pertembungan antara BN dan Pas sahaja yang mana kedua-dua parti itu sedaya-upaya cuba meraih sokongan rakyat, sekali gus menguji tahap sokongan kepada parti di kerusi Dun Pengkalan Kubor.
 
BN perlu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas bagi memastikan suara BN sebagai pembangkang di Kelantan tidak berkurangan pada sidang Dun. Bagi Pas, pilihan raya kecil ini dilihat sebagai platform 'menebus maruah' yang tercalar ekoran perbalahan parti pakatan berikutan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.
 
Pada masa ini, komposisi Dun Kelantan yang berjumlah 45 kerusi menyaksikan 32 daripadanya milik Pas, satu PKR dan 11 BN. Kedudukan satu lagi kerusi iaitu Dun Pengkalan Kubor akan ditentukan esok.
 
Mampukah BN mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor pada kali ini?
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yakin BN masih mempunyai kelebihan di Dun berkenaan meskipun pilihan raya kecil itu diadakan di negeri yang dikuasai Pas, sejak 1990.
 
"Saya melihat Pas tiada isu besar untuk dimainkan dalam pilihan raya kecil ini dan tambahan pula, Pas kini sedang berdepan dengan masalah dalam Pakatan Rakyat dan juga masalah dalaman Pas sendiri. Ini akan menjejaskan sokongan kepada Pas.
 
"Berdasarkan rekod perkhidmatan bekas penyandang Dun Pengkalan Kubor yang cemerlang di kawasan itu, peluang untuk BN menang adalah cerah," katanya kepada Bernama di sini.
 
 
PRK KELEBIHAN BN
 
Dun Pengkalan Kubor, yang berkeluasan 29.6 kilometer persegi, mempunyai 24,039 pengundi berdaftar dan 23,929 pengundi biasa bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing esok.
 
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali melihat kempen Pas lebih suram kali ini dan hanya menumpukan gerak kerja kepada kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang
dimenangi rakan sekutu mereka PKR pada PRU13 lepas.
 
"PRK ini memberi kelebihan buat BN kerana dengan jentera yang besar, BN boleh memastikan semua jenteranya bergerak menyeluruh ke semua kawasan. Saya turun pada hari penamaan calon dan mengikut gerak kempen kedua-dua parti, saya dapati Pas hanya menumpukan kepada kawasan PDM yang mereka menang," katanya.
 
Beliau berkata pilihan raya kecil Pengkalan Kubor adalah ujian sulung buat kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundur diri daripada jawatan itu selepas PRU13.
 
"Walaupun PRK ini berlaku di gelanggangnya (Pas), saya nampak kerajaan negeri tidak mampu membuktikan bahawa beliau (Ahmad) mampu meraih sokongan pengundi. Sering kali Nik Abdul Aziz (Mursyidul Am Pas) dibawa ke kempen pilihan raya walhal bekas menteri besar itu sudah kelihatan sangat uzur.
 
"Daripada segi moralnya, saya nampak Menteri Besar Kelantan belum lagi menunjukkan kemampuannya dalam mengharungi pilihan raya dan masih perlu membawa Nik Aziz untuk meraih sokongan pengundi," katanya.
 
Che Hamdan berkata konflik dalaman PAS turut memberi kelebihan kepada BN dalam usaha mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor.
 
 
SAINGAN SENGIT BN DAN PAS
 
Selepas 12 hari berkempen, pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat BN dan Pas mempunyai peluang hampir sama untuk menang.
 
Katanya bacaan politik beliau semasa ini mendapati daripada sejumlah 12 PDM, tujuh daripadanya cenderung memilih BN manakala bakinya Pas.
 
Sambil menegaskan bahawa keputusan boleh berubah di saat-saat akhir, beliau berkata: "Pada masa ini, peluang untuk BN menang itu ada. PRK ini saya lihat persaingan sengit antara BN dan Pas. Tabiat mengundi rakyat Kelantan ini ialah mereka akan memilih sama ada Pas atau BN sahaja. Selain itu, mereka tidak pilih."
 
Mengambil contoh PRU13, Dun Pengkalan Kubor yang ditandingi PKR tewas kepada BN dengan majoriti 1,736 undi, beliau berkata rakyat di kawasan itu hanya mempunyai kecenderungan kepada dua parti tersebut.
 
"Di Dun itu, PKR tidak kuat dan sokongan kepada calon PKR majoritinya datang daripada anggota Pas Maka jika ia ditandingi Pas, sudah pasti akan berlaku pertandingan yang sengit," katanya. 
 
BN mempertaruhkan Mat Razi Mat Ail manakala Pas diwakili Wan Rosdi Wan Ibrahim serta calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
 
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu. 

Sumber artikel: rakyatnews.my

Monday, September 22, 2014

PRK Pengkalan Kubor - MEREKA TAHU

PRK berlaku dalam DUN Pengkalan Kubor jadi lebih sesuai kita bercerita mengenai isu yang dekat dengan pengundi Pengkalan Kubor iaitu projek pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan oleh PAS sekitar 1993 hingga 2002.

Bandar Baru Pengkalan Kubor. Insfratruktur moden dari janji PAS
10 Fakta Penting :
1)  Sekitar 1993 kerajaan negeri Kelantan bawah Nik Aziz Nik Mat (ketika itu MB Kelantan) telah menjanjikan satu projek mega bernilai RM2.3 billion yang bakal dilaksanakan atas keluasan 7,200 hektar tanah.
2)  Pada 22 Disember 1996 satu majlis menandatangi MOU antara kerajaan negeri dengan MSJ Partners Sdn Bhd sebuah syarikat dari Pulau Pinang berlangsung di sebuah hotel sekitar Kota Bharu disaksikan sendiri oleh Nik Aziz Nik Mat.
3)  Nik Aziz juga diberikan taklimat mengenai projek yang menempatkan Pusat Dagangan Islam Antarabangsa, 4,000 unit zon kediaman, kawasan perindustrian, pasar borong, masjid serta institusi pengajian tinggi.
4)  Tapak bagi melaksanakan projek tersebut di antara sempadan Kelantan - Thailand iaitu berhampiran dengan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
5)  Hampir 5,000 penduduk terlibat menganggarkan jika kerajaan negeri mengambil tanah untuk membangunkan projek yang sepatutnya dilaksanakan tahun 1997 mereka bakal menerima pampasan berjumlah RM50k - RM150k bagi setiap hektar tanah.
6)  Sebelum projek dilaksanakan PAS mengedarkan borang tawaran dengan harga RM1.00 kepada penduduk setempat yang berminat untuk membeli rumah teres di Bandar Baru Pengkalan Kubor.
7)  Sebahagian besar penduduk sekitar Tumpat & Pengkalan Kubor telah membeli borang tawaran berkenaan untuk mendapatkan rumah yang berharga RM35,000 bagi setiap unit.
8)  Tetapi pada 2002, Abdul Halim Abdul Rahman (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) menyatakan struktur untuk membina projek berkenaan dibatalkan atas alasan pemaju MSJ Partners Sdn Bhd gagal menyediakan RM2.3 billion.
9)  MSJ Partners Sdn Bhd juga dikatakan tidak berupaya membangunkan projek berkenaan walaupun kerajaan negeri perkecilkan keluasan 7,200 hektar kepada 174 hektar dengan kos pembinaan RM200 juta.
10)  Namun pemaju iaitu MSJ Partners Sdn Bhd telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa sejak tahun 1997 mereka telah membelanjakan lebih RM12 juta sebelum menarik diri - kenapa pemaju tarik diri walaupun telah belanjakan RM12 juta.




Luahan puisi dari seorang pemerhati politik...

MEREKA TAHU

penjual kacang putih pun tahu
Penjual cendol pun tahu
Penjual etak pun tahu
Penarik kereta pun tahu
Pengayuh beca pun tahu
Para pelacur pun tahu
Pas sekarang tidak seperti pas dulu
Pas sekarang menjual fitnah
Pas ditunggang semakin punah
Pas sekarang berwasangka buruk
Perangai macam beruk
Pas sekarang menipu dan rasuah
Rakyat tak caya dan was_was
Pas sekarang tanpa ilmu
Pemimpin terpilih di kalangan si dungu
Pas sekarang dalam musibah
Izin Allah akan kalah
Umno menang insyaAllah...