Berucap ketika melancarkan edisi digital akhbar Sin Chew dan The Star, Adenan berkata, manifesto tersebut akan melebihkan penggunaan imej dan gambar berbanding teks. |
Manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini akan menampilkan sesuatu yang lain daripada yang lain. Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata kali ini lebih banyak penggunaan banyak gambar berbanding mesej yang ditulis panjang lebar.
Banyak gambar, sedikit mesej bertulis.. Itulah kaedah untuk memudahkan masyarakat masa kini agar mudah faham terutama bagi jenis yang suka mengambil tahu dengan hanya sekali imbas.
"Saya sedar, orang kita malas membaca, jadi tidak perlulah kita menggunakan terlalu banyak perkataan untuk manifesto kali ini, sebaliknya kita lebihkan gambar, terutama gambar saya," kata Adenan sambil ketawa.
Katanya lagi, penting untuk memastikan rakyat memahami secara mudah mesej yang hendak disampaikan, dan bukannya ditulis dengan panjang berjela.
” Ia akan mempermudah rakyat memahami apa yang diaspirasikan kita, terutamanya 50 pencapaian yang telah kita laksanakan selama dua tahun ini."
Ketika ini pihaknya sedang berusaha untuk menyiapkan manifesto bagi tujuan pilihanraya Negeri Sarawak, dengan beberapa perubahan dilakukan sesuai dengan keperluan semasa.
No comments:
Post a Comment