Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Saturday, December 26, 2015

Penipuan tentang sejarah kegemilangan Melayu?

Sebelum ini ramai di kalangan kita percaya kejatuhan empayar Melayu Melaka ke tangan Portugis adalah disebabkan ketidakupayan orang Melayu ketika itu menentang senjata moden penjajah Barat tersebut.

Itulah yang kita faham selama ini. Namun daripada apa yang dijelaskan dalam video di bawah menunjukkan beberapa fakta tersembunyi yang kita percaya selari dengan era kegemilangan bangsa Melayu satu ketika dulu.

Antara kesimpulan yang dikupas dalam video,


  • Orang Melayu Melaka mempunyai angkatan laut yang handal serta berpengetahuan tinggi dalam teknologi pelbagai bidang termasuklah senjata pertahanan yang amat canggih pada zaman mereka.
  • Penjajah Barat Portugis sebenarnya tidak mampu menembusi bentang pertahanan Melaka.
  • Orang Melayu zaman silam adalah peneroka terkemuka dan mempunyai kisah mashyur tentang kewujudan mereka di seluruh pelosok dunia.
  • Keruntuhan Empayar Melaka adalah disebabkan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang Melayu sendiri.
  • Hang Tuah menghilangkan diri sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


Walaubagaimanapun, pada pendapat penulis, ia hanyalah sebahagian daripada kisah tentang lagenda kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Terpulanglah untuk menilaikannya sendiri.

Moralnya, sekuat mana pun sesuatu kerajaan itu dibentuk, pasti akan runtuh jika wujud perpecahan di kalangan sendiri. Pemimpin-pemimpin tidak mampu menerajui sesebuah negara jika terdapat usaha untuk ditumbangkan oleh rakyat yang membencinya.

Sejarah Melaka tidak dijadikan iktibar. Tatkala orang Melayu berpecah dulu, mereka dijajah oleh bangsa asing. Kini, sejarah dilihat bakal berulang. Ketika melayu bertelagah merebut kepimpinan kerajaan, akhirnya orang lain dijulang sebagai pemerintah.

Sesungguhnya, serangan fitnah dan pembohongan pada zaman ini lebih dahsyat daripada tusukan senjata di medan perang. Hina pemimpin dengan ulama. Semuanya atas nama kebebasan berpolitik.

Marilah kita berdoa agar negara kita dilindungi Allah dan dijauhkan daripada pengkhianatan oleh rakyat sendiri. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada video di bawah..