Thursday, November 6, 2014
Rancang Mansuhkan Akta Hasutan 1948 - Kesilapan terbesar Najib
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin sekali lagi mengecewakan pro-BN apabila menegaskan akan meminda Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional pada masa depan.
Katanya institusi raja-raja, agama Islam dan ketuanan melayu tidak akan tergugat dengan terhapusnya Akta Hasutan.
Adakah ini salah satu pelan transformasi politik negara yang diputuskan oleh Najib dan Hishammuddin, ataupun pelan yang telah dipersetujui oleh semua perwakilan BN di Parlimen?
Tidakkah mereka sedar trend pelampau politik di media sosial sekarang yang semakin berani mencabar kedudukan raja-raja, agama Islam dan hak Bumiputera? Tidakkah mereka sedar betapa agresifnya hasutan desakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) walaupun kini kempennya sedang dibuat secara senyap-senyap?
Akta Hasutan merupakan satu-satunya benteng terakhir kepada apa yang diperjuangkan oleh parti selama ini.
Jika kerajaan meneruskan hasrat memansuhkan Akta Hasutan, apa jaminan Hishammuddin dan Najib bahawa tidak berlakunya rakyat menghasut untuk meminda Perlembagaan dan mengancam institusi beraja?
Pelampau di kalangan rakyat akan bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Dan jika ini berlaku, DS Najib dan DS Hishammuddin adalah orang yang paling bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Jangan biarkan rakyat melihat ia sebagai tindakan demi kelansungan politik masing-masing. Puak Pembangkang tidak akan dapat dipuaskan. Mereka seperti serigala.. korban seekor ayam tidak mencukupi, korban seratus ekor ayam juga tidak mencukupi. Mereka mahukan Putrajaya, UMNO nyah darinya.. Jadi usah menjilat pembangkang kerana mahu dihormati.
Ramai pemimpin BN tidak bersetuju tindakan hapus Akta Hasutan..Ketua Polis Negara juga mahu supaya Akta Hasutan dikekalkan. Begitu juga penyokong dan pengundi BN, malah sebilangan rakyat yang mengutamakan keamanan tanpa provokasi kaum dan agama.
Jadi suara siapa lagi yang mahu didengari pemimpin tertinggi kita ini jika bukan suara pengundi dan penyokong mereka sendiri?
P/S: Akan seronoklah Ali Abd Jalil, Alvin Tan dan Doris Jones.. bebas daripada pertuduhan, mereka pun kembali ke tanah air dan meneruskan peranan menghasut dengan lebih agresif lagi..
Terima Kasih Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Hishammudin!
Pindaan Akta Hasutan Tidak Gugat Perjuangan Umno - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 5 Nov - Tiang seri perjuangan UMNO, iaitu institusi Raja, agama Islam dan ketuanan Melayu tidak akan tergugat jika Akta Hasutan dipinda.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini akan memberi penekanan kepada pengekalan tiang seri berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rakaman rancangan Soal Jawab terbitan TV3 di Sri Pentas sebentar tadi.
Menteri Pertahanan itu turut mengesahkan isu Akta Hasutan 1948 akan menjadi antara usul yang akan dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 yang berlangsung pada penghujung November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC).
Majlis Tertinggi UMNO turut melantik beliau untuk mempengerusikan Jawatankuasa Usul dan Jurucakap bagi mendekati jurucakap yang dipilih dan dilantik oleh kepimpinan negeri.
Untuk rekod, Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada 27 November hingga 29 November ini.
Najib pada tahun 2012 mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada pelan transformasi politik negara.
Tunggu PAU tengok ada x yang berani bersuara.
ReplyDeleteNAJIB DAN HISHAMUDDIN PERLU SEDAR BAHAWA YG MEMBERI MANDAT KEPADA BN IALAH YANG MENYOKONG ISA DAN AKTA HASUTAN. KENAPA NAK LAYAN PEMBANGKANG DAN LAIN BANGSA YG TAK SOKONGAN BN. PLEASE JAGA HATI KAMI YG MENYOKONG BN.
ReplyDeletenajib dan hisham hanya pentingkan diri sendiri dan jawatan semata2...tanpa najib dan hisham melayu dan umno akan lebih kuat dari sekarang..
DeleteNak try sama ada melayu belum letih atau dh penat dgn najib dan hisyam, cuba bawa isu mansuh akta hasutan. PRU14 nanti kalau umno dibangkaikan oleh melayu jgn terkejut...!!!
ReplyDeletemacam ni memang melingkoplah umno pru akan dtg..org melayu dah semakin meluat dgn gelagat pemimpin atasan umno nih..
ReplyDeletedulu kata ISA di bubar ganti SOSMA..tapi apa tindakan sosma kat depa2 tu yg terang2 boleh ganggu ketenteraman awan dan negara?
Klu sepupu x sokong sepupu..sape lg
ReplyDeletePuiiiii...dengarlah akar umbi..jgn buat malaysia ni mcm bapa kau yg punya..
Aku dah letih mengharap agar akta hasutan dikekalkan..
ReplyDeleteKlu akta hasutan dimansuhkan jg, aku mungkin x kan kuar undi dan sokong bn lg..
Apa nk jadi.. jadi la..
Selagi Malaysia mempunyai komposisi pelbagai kaum dan pelbagai agama dan budaya. selagi itu lah Akta Hasutan diperlukan demi mengekalkan keamanan dan ketenteraman. Dan selagi puak Dapigs masih ada maka selagi itu juga AH diperlukan.
ReplyDeleteH2o selalu hebat masa Pau saja.. Pendekata kalau ada sesiapa yg cabar hak Melayu waktu itu confirm kena cacak ngan keris... Cium keris lah bagai.... Last2 bila kena blast Rba sikit terus je menggelabah terketaq2 mintak maaf...ha ha ha... Mcm ini pejuang umno??? Pi mamposlah....
ReplyDeleteMAlam tadi tonton soaljawab. sepupu najib si kerismudin kiram bukan pengganas cuba nak coolkan kemarahan akar umbi umno. dia pikir bapak dia pm dan atuk dia yg tubohkan umno tanpa rakyat dan ahli, dia boleh sampai ke tahap ini. kononnya dia tetap jaga org Melayu. mmg muka dia tak tau malu. tak sedar diri menang naib presiden pun tipis, menandakan ramai ahli umno dh menyampah. pergi jahanam dgn keris muddin dan najib, dua org ni pengkhianat bangsa Melayu!
ReplyDeleteKembalikan ISA
ReplyDeletenak kembalikan ISA? akta yang jadi benteng terakhir Islam, melayu dan raja2pun dua orang bersepupu tu nak robohkan. aku tak tahu dua orang bersepupu tu membawa suara siapa. suara rakyat yang mengundi bn atau suara pembangkang. setiap malam sebelum tidur agaknya apa yang difikir oleh dua orang ini. agaknya mereka berdua bermimpi penyokong pas, pkr dan dap akan menyokong bn jika akta hasutan dimansuhkan. mimipi malam dibawa ke siang...
Deletenak tergelak aku kalau dua pupu tu tiba2 lak buat u-turn mcm PAS kembalikan ISA. Mmg x masuk akal
Delete