Monday, October 20, 2014
Kempen Saya Nak Sentuh Anjing, kemudian sentuh apa lagi?
Bukan main lagi MKini promosi kempen nak sentuh anjing tu seolah-olah dibuat khas untuk orang Islam. Siap ada ustaz mengajar dan dibuat forum mengenainya...
Mungkin nanti tak salah pula dibuat forum sentuh babi dan cara-cara praktikal samaknya.. Ataupun forum sentuh anak gadis orang, kemudian diajar praktikal cara-cara mandi hadas. Begitulah pengertiannya..
Malaysia sekarang, sampai anjing pun nak dijadikan modal politik..Kata mereka, Islam itu mudah.. Memang mudah saja hujahnya
Bukan kita benci binatang anjing, cuma mengelak itu lebih baik daripada bersamak jika tiada keperluan menyentuhnya.
Lebih buruk, ada yang bawak anak-anak ikut sama kempen itu. Anak-anak tak faham, kebanyakan anjing kalau dibelai sudah fitrahnya suka menjilat-jilat tuannya. Mungkin ia boleh terpalit pada pakaian atau kulit tanpa disedari. Sedangkan air liur anjing itu najis berat, itulah yang dikhuatirkan bukan hanya bulunya semata-mata.
Jangan undang fitnah kepada agama sendiri. Sentuh untuk memburu dan keperluan keselamatan tak sama dengan membelai anjing. Orang non-muslim kena faham masalah ini, bukan disebabkan terlebih-lebih kerana jijik tetapi kerana ia melibatkan tegahan agama dan orang Islam wajib mematuhinya.
Maaflah kalau ada yang terasa..
Di bawah adalah petikan daripada komen facebook yang patut dijadikan iktibar untuk direnungi semua.
Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya..
Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.
Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?
Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama.
Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural..
Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.
Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.
Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti.
cc : Ustaz Kazim Elias - UKE
HANCUS
ReplyDelete