Wednesday, November 5, 2014

Gambar buaya sesat di Tambak Bako, Kuching

Buaya di Sarawak sesat, naik ke tengah jalan. Syukur tiada kemalangan berlaku disebabkan kemunculan anak buaya tersebut. Ia segera dialihkan supaya tidak mendatangkan keinginan berselfie tidak bertempat oleh segelintir pengguna jalanraya.. 


MENGEJUTKAN ... Seekor buaya yang berukuran hampir empat kaki panjang di temui terdampar di tengah jalan berdekatan Tambak Bako di sini petang tadi selepas hujan lebat.

Dipercayai, reptilia ini telah naik ke darat apabila paras air sungai naik mendadak selepas hujan lebat yang turun selama hampir tiga jam. (Kredit gambar FB Kuching Trafik Info) - Sarawakiana

3 comments:

  1. " Ia segera dialihkan supaya tidak mendatangkan keinginan berselfie tidak bertempat oleh segelintir pengguna jalanraya"
    Hahaha geli hati dgn ayat cliche baru.
    Ayat lama "supaya tidak membahayakan pengguna jalanraya"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, pindaan mengikut kesesuaian di zaman masa kini...hehehe..

      Delete